suria

Bienda Masih Berahsia

Persandingan Bienda dan Boy bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat. - Foto Utusan
Persandingan Bienda dan Boy bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat. - Foto Utusan
Persandingan Bienda dan Boy bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat. - Foto Utusan

PETALING JAYA: Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, masih ingin berahsia mengenai tarikh pernikahan dia dan suaminya iaitu produser program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman.

Beritahu Bienda, dia merahsiakan tarikh pernikahan dan lokasi majlis akad nikah kerana memenuhi permintaan keluarga memandangkan majlis itu dibuat secara tertutup.

"Maaf kerana terpaksa merahsiakan pernikahan kami. Ini adalah untuk menjaga hati keluarga bagi kedua-dua belah pihak.

"Saya juga mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakannya daripada pihak media dan peminat. Saya mahu sedikit ruangan privasi pada majlis bersejarah itu.

"Lagipun, saya bukannya berkahwin dengan suami orang, sebaliknya saya berkahwin dengan orang bujang," katanya selepas majlis persandingan mereka yang bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat.

Bagaimanapun, Bienda mahu berkongsi maklumat lain mengenai majlis pernikahannya di mana Kamarul atau dipaggil Boy sah bergelar suami kepada Bienda selepas dua kali lafaz dengan mas kahwin RM80.

Bienda turut menerima wang hantaran sejumlah RM11,111.11 daripada pihak lelaki.

Pada majlis pernikahan itu, pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

"Setelah berkawan dengan Boy lebih dari tiga tahun, saya bersyukur dan gembira kerana sudah lama saya menantikan detik indah bergelar isteri," ujarnya.

Bienda dan Boy yang bagaikan seperti merpati dua sejoli pada majlis persandingan itu berkata, mereka merancang untuk berbulan madu ke negara Eropah pada awal tahun depan dan bersedia untuk memiliki anak pada bila-bila masa.

Bertanyakan mengenai perkenalan Bienda dan Boy, mereka bertemu di satu lokasi penggambaran drama yang mana Boy merupakan krew produksi untuk Skop Production ketika itu.

"Boy dengan selambanya nak minta nombor telefon saya kononnya mahu berbincang mengenai produk penjagaan mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, pada 15 April 2007, Boy melamar saya terus untuk dijadikan isteri dan bukannya kekasih.

"Nak ikutkan memang kami mahu kahwin secepat mungkin. Tapi bila terdapatnya beberapa perkara yang harus ditempuh, akhirnya barulah kami dapat tunaikan hajat kami ini," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain