suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabar Angin Kematian Miyabi Di Twitter

BINTANG filem lucah Jepun Maria Ozawa atau lebih dikenali sebagai Miyabi (gambar) menjadi topik perbualan hangat apabila ada khabar angin mengatakan artis panas ini telah meninggal dunia.

Khabar angin yang disebarkan di laman sosial twitter memberitahu pelakon tersebut telah meninggal dunia semalam. Malah ramai pengguna twitter yang membalasnya dengan pelbagai tertanyaan tentang berita kematian itu.

Berita tersebut tentu sahaja menarik perhatian apabila membuat ramai yang tertanya-tanya dan terkejut dengan berita palsu tersebut.

"Miyabi meninggal? Bila? Kenapa dia meninggal?" antara pertanyaan yang membesarkan berita tersebut.

Bagaimanapun, khabar angin itu palsu semata-mata. Artis yang membintangi filem Menculik Miyabi ini sedang aktif mengemaskini akaun twitternya iaitu @ozawazone.

Dia dikhabarkan sedang sibuk mengulas perlawanan antara Liverpool dan Manchester United kelmarin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain