suria

Kelly Osbourne Bercinta Dengan Bintang "Gossip Girl"?

PELAKON Hollywood Kelly Osbourne (gambar) telah bertemu dengan kekasih baru setelah putus tunang dengan Luke Worrall pada Julai lalu.

Kelly dikhabarkan sedang bercinta dengan bintang siri Gossip Girl, Chace Crawford.

"Kelly dan Chace selalu kelihatan bersama beberapa kali dan seperti mahu merahsiakan hubungan mereka," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Jumaat.

Sehingga sekarang, Kelly berniat untuk merahsiakan hubungannya dengan Chace kerana ingin memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

"Dia ingin menyembunyikan kisah cinta itu sehingga yakin ia berjalan lancar dan tidak mahu kisah lama berulang kembali," jelas sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain