suria

Masalah Pernafasan Halang Andre Rakam Album

MASALAH pernafasan di bahagian dada menyebabkan penyanyi Peter Andre (gambar) tidak dapat merakamkan album barunya yang dijadualkan dikeluarkan pada bulan Oktober.

Peter, 37, menurut laporan media, dijangkiti selesema sekembalinya dari bercuti selama tiga minggu di Australia.

Dia masih belum pulih walaupun berehat di rumah sementara bekas isterinya Kate Price membawa anak-anaknya ke Portugal.

Justeru, rakaman audio di studio pada minggu ini terpaksa dibatalkan atas arahan doktor.

"Peter perlu pulih segera," menurut sumber.

Sumber itu memberitahu, doktor melakukan diagnosis penyanyi tersebut mengalami jangkitan pernafasan dan kerana itu tidak boleh menyanyi.

Ini merungsingkan Peter kerana dia perlu menyiapkan albumnya pada akhir Oktober atau awal November.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain