suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Andra Enggan Komen Isu Once Keluar dari Dewa 19

VOKALIS Dewa 19, Once, dikhabarkan akan keluar dari kumpulan yang diketuai oleh Ahmad Dhani itu. Bagaimanapun, gitaris Dewa 19, Andra, memilih untuk tidak memberikan apa-apa komen ketika ditanya mengenai isu tersebut.

"Saya tidak mempunyai apa-apa komen kerana perkara ini belum disahkan," ujar Andra kepada detikhot.com, Sabtu.

Lelaki yang juga menganggotai kumpulan Andra & the Backbone itu menambah sehingga saat ini Once belum memberitahu mengenai perancangannya untuk keluar dari Dewa 19.

Sebelum ini, Once pernah berkata dia belum boleh memberikan pengesahan kerana penyanyi lagu Dealova itu mahu melihat perkembangan dulu sebelum mengiyakan atau menafikan isu tersebut.

"Kita lihat perkembangannya saja," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain