Ibu Bapa Michael Jackson Bercerai Selepas 60 Tahun Kahwin - Hiburan | mStar

Ibu Bapa Michael Jackson Bercerai Selepas 60 Tahun Kahwin

Katherine Jackson (berpakaian warna kuning) melihat pada satu tugu peringatan anaknya di depan rumah keluarga itu pada 25 Jun 2010. - Foto AP
Katherine Jackson (berpakaian warna kuning) melihat pada satu tugu peringatan anaknya di depan rumah keluarga itu pada 25 Jun 2010. - Foto AP

IBU bapa Raja Pop Michael Jackson, Katherine Jackson dan Joseph Jackson mengambil keputusan untuk bercerai selepas berkahwin selama 60 tahun.

Katherine, 80, telah memfailkan tuntutan cerai selepas dipersalahkan oleh suaminya bahawa dia bertanggungjawab ke atas kematian anak mereka.

Tuduhan itu dibuat dalam sebuah wawancara. Berbicara tentang kematian anaknya Michael, Joseph berkata, dia merayu isterinya untuk tinggal bersama dengan anaknya.

Menurut Joseph, Katherine bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana berpendapat anak bongsunya itu memerlukan privasi.

Katherine, satu-satunya ahli keluarga Jackson yang mempunyai hak asuhan anak-anak Michael berkata, dia patah hati dengan tuduhan tersebut.

Seorang kawan rapat Katherine memberitahu media bahawa Katherine benar-benar marah dan tidak tahan lagi dengan penghinaan suaminya sejak 60 tahun mereka berkahwin.

Sementara itu, Prince Michael, 13; Paris, 12 dan Blanket, 8 dilaporkan masih sedih di atas kematian bapa mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Polis siasat dakwaan Syed Saddiq diugut