suria

Heliza Helmi Bergelar Pengarah Urusan

Heliza bersama-sama artis dibawah naungan syarikatnya HHP yang dirasmikan oleh Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar Foto DALILAH
Heliza bersama-sama artis dibawah naungan syarikatnya HHP yang dirasmikan oleh Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar Foto DALILAH
Heliza bersama-sama artis dibawah naungan syarikatnya HHP yang dirasmikan oleh Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar Foto DALILAH

KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi memperkenalkan artis baru di bawah syarikatnya, Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP) Isma (AF7), Arlyn dan Herman Tino sekaligus melancarkan single terbaru mereka.

Syarikat yang baru beroperasi secara rasmi pada Februari lalu itu bermula dengan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan industri hiburan seperti menerbitkan album, pengurusan artis, konsert, penerbitan filem, drama dan sebagainya.

Heliza yang merupakan Pengarah Urusan HHP, itu memberitahu artis-artis dibawah pengurusannya dipilih mengikut perbincangan yang dibuat secara bersama.

"Buat masa ini saya, Isma, Arlyn dan Herman Tino sahaja yang menjadi di bawah syarikat berkenaan dan mungkin dalam hujung tahun nanti akan berlaku penambahan.

"Selain itu juga kami mempunyai beberapa orang pemuzik serta seorang komposer khas untuk artis di bawah naungan HHP," ujarnya yang sedang dalam proses mengambil penyanyi veteran Datuk Khatijah Ibrahim.

Pada majlis memperkenalkan syarikatnya itu Heliza turut melancarkan single terbarunya berjudul, Hello, Isma dengan lagu berjudul Aku Bukan Pilihanmu, Arlyn Hafiz Jiwaku Milikmu dan Herman Tino dengan single bertajuk Amit-Amit Jabang Bayik. Kesemua lagu itu dicipta oleh komposer baru Mohd Altas.

Dalam pada itu, Heliza dalam proses pengembangkan syarikatnya untuk menerbitkan sebuah filem bersama pengarah terkenal Afdlin Shauki dan Ahmad Idham.

"Kami sedang merancang dan semua masih lagi dalam peringkat perbincangan. HHP akan bekerjasama dengan Afdlin Shauki dan dijangkakan akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya nanti.

"Artis-artis HHP juga akan diberi peluang untuk berlakon dalam filem tersebut," jelasnya.

Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun ini turut mencuba bakat mengubah lagu dan menulis lirik sendiri sebagai permulaan untuk dia berjinak-jinak sebagai komposer.

"Percubaan pertama saya mengubah dan menulis lirik lagu untuk single terbaru saya berjudul Chord G yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Insyaallah selepas ini saya juga akan menyumbangkan lagu kepada artis-artis dibawah pengurusan kami," jelasnya.

Mengulas tentang kehidupan peribadi, Heliza mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya dan menguruskan syarikatnya sehingga tiada masa untuk memikirkan soal peribadinya.

"Sekarang saya fokus kepada syarikat dan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk memikirkan soal peribadi. Soal jodoh mungkin bukan masanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain