suria

Stallone Larang Anak Perempuannya Bercinta

PELAKON terkenal Hollywood Sylvester Stallone merupakan bapa yang penyayang tetapi terlalu mengongkong.

Pelakon itu mempunyai tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Jennifer Flavin. Dia melarang mereka daripada berjumpa serta keluar dengan lelaki, sehingga mereka mencapai pertengahan usia.

Ini adalah cukup aneh, tapi Stallone tekad dengan keputusannya.

Anak-anak perempuan bintang itu ialah Sophia,14, Sistine,12, dan Scarlett,8.

Bintang filem Rocky itu mengakui bahawa dia prihatin terhadap anak-anaknya. Dia percaya bahawa membesarkan anak-anak perempuannya sangat berbeza daripada anak lelaki.

Stallone mengatakan bahawa dia tidak akan membiarkan anak-anaknya bercinta sehingga mereka berusia 45 tahun.

Sylvester Stallone,64, turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Sage Moonblood dan Seargeoh dari pernikahan terdahulunya dengan Sasha Czack.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain