suria

Lindsay Lohan Akan Berbogel Untuk Filem Porno

PELAKON Lindsay Lohan bakal menjadi bintang porno dalam filem terbarunya, 'Inferno.' Dalam filem tersebut, Lindsay buat pertama kalinya akan melakonkan adegan telanjang.

"Sudah pasti ada adegan dia harus telanjang. Tapi ini bukan filem lucah. Ini filem tentang seorang bintang porno," ujar pengarah filem tersebut, Mat Wilder, seperti dipetik The Sun.

Sebelum penggambaran filem tersebut, Lindsay yang akan memainkan watak sebagai bintang porno bernama Linda Lovace, perlu ditahan di penjara dahulu. Mahkamah memerintahkan dia dimasukkan ke penjara pada 20 Julai ini, iaitu selama 90 hari.

Biarpun begitu, penggambaran tidak akan terganggu. Menurut Wilder, penggambaran akan bermula selepas aktres 24 tahun itu dibebaskan.

Dalam pada itu, Wilder berharap Lindsay tidak akan lama di penjara. Dia mahu aktres tersebut boleh memulakan penggambaran filemnya dengan lebih awal.

Artikel Berikut

Artikel Lain