suria

Kerana Imej Seksi, Eva Mandes Digelar Artis Simbol Seks

AKIBAT berpenampilan seksi terutamanya dalam iklan yang sering menjadi kontroversi, nama Eva Mendes kini turut dikatakan sebagai bintang simbol seks.

Malah kini Eva tidak selesa berada di depan khalayak kerana dia tidak mahu dipanggil sebagai bintang simbul seks tetapi mahu dikenali dengan bakat lakonannya.

"Munculnya gambar-gambar seksi itu memang silap saya sendiri. Tapi sekarang saya rasa sedih dan tidak mahu identiti seksi dikaitkan dengan diri saya berbanding mutu lakonan," ujar pelakon filem Bad Lieutenant: Port Of Call New Orleans ini.

Menurut Eva, dia merasa bahawa dirinya mempunyai potensi lain yang boleh ditonjolkan selain dari menampilkan tubuh yang seksi.

"Cita-cita saya, keinginan saya, intelektual saya, dan lawak jenaka yang ada pada saya juga antara kelebihan yang ada dalam diri saya ini.

"Kesalahan mereka memberi definasi ini sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada tawaran-tawaran filem kepada saya.

"Saya tidak mendapat tawaran seperti yang saya inginkan kerana saya belum menunjukkan kemampuan saya sebagai seorang pelakon yang hebat," tutur Eva Mendes seperti dipetik Splash News.

Sebelum ini juga Eva Mendes pernah mengakui berani tampil tanpa pakaian kerana ingin dianggap sebagai pelakon yang berani.

Artikel Lain