suria

S. Shamsudin Jalani Pembedahan Tulang Pinggul

SEMINGGU selepas dimasukkan ke Hospital Alexandra, Singapura, pelakon veteran terkenal S. Shamsudin akan menjalani pembedahan tulang pinggulnya pada tengahari ini.

Pelakon berusia 81 tahun itu dimasukkan ke hospital itu kerana terjatuh dari katil rumahnya pada malam 26 Jun lalu sehingga menyebabkan tulang pinggulnya retak.

Minggu lalu, tiga rakan baik Shamsudin iaitu pelawak dan pelakon veteran tersohor Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof dan Kuswadinata turun ke Singapura semata-mata untuk menziarahinya.

Pelakon Rosyam Nor turut melawat S. Shamsudin kerana secara kebetulan dia sedang menjalani penggambaran di negara itu.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Dia telah berlakon lebih 30 buah filem.

Anak kelahiran Singapura itu mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz menerusi filem Bujang Lapok.

Artikel Berikut

Artikel Lain