Video Porno Ariel & Luna Maya - Laporan Polis Dibuat - Hiburan | mStar

Video Porno Ariel & Luna Maya - Laporan Polis Dibuat

SEORANG pengamal undang-undang Indonesia, Farhat Abbas membuat laporan polis berikutan tersebarnya video porno yang dikatakan milik bintang Luna Maya dan bekas anggota kumpulan Peterpan, Ariel.

Farhat berkata, dia membuat laporan itu untuk menyedarkan mereka yang bertanggungjawab terhadap video berkenaan.

“Nama Luna dan Ariel disebut-sebut dalam video itu. Jadi kita buat laporan polis dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Laporan tersebut dibuat di pejabat polis daerah Metro Jaya, Jakarta Selatan, Semalam.

Farhat mengaku belum sempat melihat video yang menggemparkan tersebut. Namun sebagai masyarakat yang prihatin dia juga terpanggil untuk membuat laporan terhadap pelaku dan penyebar video porno itu.

"Tapi kalau bukan mereka (Ariel & Luna), kesnya dihentikan," katanya.

Sehingga saat ini kedua-dua artis tersebut tidak membuat laporan polis berhubung penyebaran video adegan seks yang dikatakan melibatkan mereka.

Malah mereka juga menyerahkan kepada pihak lain untuk memberi kenyataan berhubung insiden itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zarina (AF2) Sahkan Tak Jadi Kahwin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain