suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katherine Heig Mahu Tambah Anak Angkat

BINTANG filem Hollywood, Katherine Heigl (gambar) merancang untuk mengambil anak angkat lagi dalam waktu terdekat ini.

Katherine merupakan salah seorang pelakon Hollywood yang menyukai ramai anak. Dia mengaku selesa membela anak angkat berbanding anak kandung kerana wanita yang dilahir pada 24 November 1978 itu lebih selesa mengurus seorang anak yang tidak mempunyai ibu bapa.

"Saya dan suami pernah membicarakan untuk mempunyai anak sendiri, tapi kami belum memutuskan untuk mempunyainya. Saya ingin mengambil anak angkat lagi. Ini sedikit sulit bagi saya," kata isteri Josh Kelley itu kepada Contact Music kelmarin.

Katherine telah mengambil seorang anak perempuan dari Korea Selatan bernama Nancy Leigh sejak 9 September 2009.

Alasan Katherine, dia belum bersedia mempunyai anak kerana tidak ingin anaknya menjadi yatim piatu kelak.

"Saya seorang ibu muda sekarang. Saya fikir saya akan menjadi ibu yang garang," jelas bintang filem The Ugly Truth itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain