suria

Keating Berhenti Menyanyi Untuk Selamatkan Perkahwinannya

Ronan Keating membuat persembahan semasa konsert akhir Songs For My Mother Tour di Ta' Qali, Valletta pada 3 April 2010. - Foto REUTERS

PENYANYI Ronan Keating berhenti menyanyi selama tiga minggu semata-mata untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Yvonne selama 12 tahun.

Perkahwinan Keating berada di ambang kehancuran selepas dia mendedahkan pernah berlaku curang terhadapnya isterinya.

"Hati saya hancur luluh. Saya tahu apa yang saya lakukan adalah tidak betul. Saya berasa menyesal atas apa yang telah saya lakukan terhadap Yvonne.

"Bagaimanapun, saya tidak bersedia melepaskan rumah tangga saya. Saya telah membatalkan semua komitmen kerja saya dan akan balik ke Dublin untuk menyelamatkan rumah tangga saya," media memetik Keating sebagai berkata.

Sumber memberitahu, Yvonne yang mempunyai tiga anak bersama Keating tidak sanggup memaafkan suaminya.

Dia nekad berpisah dengannya selepas menemui satu telefon bimbit rahsia yang mempunyai mesej sulit daripada seorang penari.

"Yvonne sangat terkejut, kecewa dan rasa ditipu. Ini memberi satu tamparan hebat kepadanya dan dia tidak bersedia memikirkan masa depan bersama dengan Ronan.

"Ketika ini, dia berasa dikhianati dan tidak dapat melihat jalan penyelesaian," menurut sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain