suria

Pertandingan High School Musical: My School Rocks!

SIRI ketiga pertandingan My School Rocks! (MSR 2010) bakal menjadi persembahan yang gembak dan kreatif oleh golongan muda yang berbakat!

Saluran Disney baru-baru ini melancarkan penyertaan untuk pertandingan tarian antara-sekolah terbesar di Malaysia yang diilhamkan oleh rancangan popular, High School Musical.

Tarikh tutup penerimaan penyertaan adalah 31 Mei, 2010. Daftarlah sekarang di laman web: www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/minisites/myschoolrocks2010/ atau telefon 03-2785-2177 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lekas! 200 sekolah pertama yang mendaftar akan mendapat hadiah eksklusif dari Saluran Disney!

MSR 2010 meraikan dan mengenali bakat terpendam dalam kaum muda yang bercita-cita menorak langkah dalam dunia hiburan.

Pertandingan ini bakal menjadi landasan gempak di mana kumpulan peserta akan berpeluang menunjukkan gerak tarian High School Musical terbaik mereka menentang sekolah-sekolah lain dalam suasana yang ramah dan ceria.

Pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah, untuk kanak-kanak berumur antara sembilan ke tujuh belas, dan setiap sekolah bebas menghantar seberapa kumpulan yang diingini, dengan maksima lapan peserta dan sekurang-kurangnya dua peserta dari setiap sekolah.

Pertandingan MSR 2010 akan diakhiri dengan pengumuman johan di Saluran Disney pada bulan Ogos ini.

Ujibakat yang sengit akan diadakan di Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Lembah Klang pada bulan Jun dan Julai 2010 untuk memilih empat kumpulan sekolah yang akan bertanding di pusingan akhir pertandingan tersebut.

Tahun ini, juara tarian MSR 2010 akan memenangi lawatan yang dibiayai penuh ke Los Angeles, America Syarikat, di mana kejutan High School Musical menanti mereka. Sekolah yang diwakili kumpulan pemenang juga akan memenangi set peralatan muzik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan MSR 2010, sila layari www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/minisites/myschoolrocks2010/.

Di laman web tersebut, peminat setia High School Musical juga boleh mendengar lagu High School Musical kegemaran mereka, menonton rakaman persembahan MSR pada tahun-tahun dahulu serta meningkat prestasi gerak tarian mereka dengan menonton video muzik High School Musical sebagai persediaan untuk pertandingan akan datang.

Untuk membuktikan anda peminat setia, anda juga boleh bermain quiz serta menyertai permainan High School Musical!

Saluran Disney adalah rangkaian television 24-jam yang menumpu khas kepada alam kanak-kanak dan keluarga melalui siri original dan rancanga khas.

Saluran Disney ialah sebahagian kepada Kumpulan Disney-ABC Television.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain