suria

Maya Mencari Kebahagiaan

Maya sedia berkongsi pengalaman dengan umum tentang status rumah tangganya.
 Maya sedia berkongsi pengalaman dengan umum tentang status rumah tangganya.
Maya sedia berkongsi pengalaman dengan umum tentang status rumah tangganya.

BERCERITA tentang single terbarunya Terbang, Maya Karin mengakui lagu ciptaan Audi Mok itu sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

Lirik lagu tentang seseorang yang terbang mencari semangat baru itu mempunyai persamaan dengan kisah hidup Maya yang sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Malah ketika mengulas tentang cerita peribadi, Maya mengakui dia kini sedang mencari kebahagian dalam hidupnya.

"Lagu itu siap pada tahun lalu, mungkin ia satu kebetulan sahaja. Ia mengajak semua orang untuk mencari semangat baru dan melakukan pelbagai perkara dalam hidup.

"Saya lebih tenang sekarang, namun masih terlalu awal untuk saya beri sebarang komen tentang status perkahwinan saya. Cukuplah saya beritahu setakat ini saya cuba yang terbaik dan sedang mencari kebahagian.

"Bagaimanapun jika berlaku sesuatu dalam rumah tangga saya, saya tidak akan sembunyikannya daripada pengetahuan umum.

"Sebagai artis saya sedia untuk kongsi perkara tersebut," ujarnya ketika ditemui di majlis memperkenalkan Maya Karin sebagai jurucakap Vono.

Maya turut mengakui keceriaan di wajahnya tidak menggambarkan pergolakan sebenar seperti mana yang dialaminya sekarang.

"Saya harus kelihatan baik di hadapan umum walau apa juga masalah yang sedang saya lalui sekarang," jelasnya.

Sementara itu, gosipnya dengan pelakon kacak, Remy Ishak tidak membantu memulihkan keadaan, malah merumitkan lagi situasi yang berlaku dalam rumah tangganya.

"Secara jujur saya katakan berita tentang orang ketiga tidak membantu memulihkan rumah tangga saya.

"Kenapa perlu menyalahkan orang ketiga dalam setiap keretakan rumah tangga. Ia tidak semestinya begitu.

"Tiada siapa boleh melihat jiwa dan hati saya, terpulang kepada mereka untuk percaya atau tidak," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain