suria

Impian Siti Terbit Album Inggeris Belum Tercapai

Siti diraikan dalam sambutan ke15 tahun sebagai anak seni. Foto The Star Oleh KAMARUL ARIFFIN
Siti diraikan dalam sambutan ke15 tahun sebagai anak seni. Foto The Star Oleh KAMARUL ARIFFIN
Siti diraikan dalam sambutan ke15 tahun sebagai anak seni. Foto The Star Oleh KAMARUL ARIFFIN

SEMALAM genap 15 tahun kerjaya Datuk Siti Nurhaliza mengharungi jerit perih kehidupannya sebagai seorang bintang ternama.

Jangka masa itu bukanlah sesuatu yang singkat baginya untuk berada di tempat yang selesa seperti hari ini. Dia berjaya meletakkan dirinya kepada satu tahap lain dalam industri ini.

Namun dia mengakui apa yang diperolehinya hari ini bukan semudah yang disangkakan dan dilihat. Sebaliknya ia adalah hasil usahanya berkerja keras sehingga menjadi penyanyi nombor satu negara.

"Saya sedar sudah 15 tahun saya berada dalam industri hiburan, biarpun bukan satu tempoh masa yang lama berbanding penyanyi lebih senior daripadanya namun begitu dia berbangga dengan pencapaiannya hari ini.

"Apa yang saya hajati dari awal bergelar artis kini sudah pun tercapai antaranya ingin mengadakan konsert pada umur 20 tahun, menjuarai pertandingan di luar negara, membuat persembahan di Royal Albert Hall, jumpa idola saya Celine Dion dan banyak lagi.

"Saya gembira dengan perjalanan kereir saya. Namun ia bukan datang bergolek, saya berkerja keras untuk sampai ketahap ini," jelasnya yang dalam perancangan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun ke 15 sebagai artis.

Bagaimanapun Siti mengakui ada beberapa impiannya yang masih belum tercapai dan berharap dapat melaksanakannya dalam masa terdekat ini.

"Ada lagi impian saya yang belum tercapai iaitu untuk terbitkan album dalam bahasa inggeris, dan mengadakan konsert dengan konsep tradisional.

"Saya harap dapat merialisasikan impian tersebut dalam jangka masa terdekat iaitu dua atau tiga tahun ini," katanya.

Tambahnya lagi, dia berasa terharu dengan sambutan peminat yang masih setia daripada awal hingga ke saat ini.

"Siti Rasa direstui dengan sokongan peminat yang tidak pernah jemu. Kelmarin selepas rakaman program muzik-muzik peminat-peminat saya berkumpul sambil mengucapkan tanda sokongan mereka," katanya yang bakal menjayakan minggu setiausaha yang dianjurkan oleh Shah Alam Convention Centre (SSCC Convec) pada 27 dan 28 April ini.

Sementara itu, sempena malam setiausaha tersebut Siti akan digandingakan bersama teman baiknya Kris Dayanti (KD) dengan mendendangkan sebanyak 15 buah lagu popular mereka berdua.

"Ini merupakan kali pertama saya dan KD bergabung tenaga satu pentas yang sama. Saya menjanjikan persembahan yang terbaik dari kami.

"Selain itu kami juga akan bawakan lagu-lagu dalam album CTKD," jelasnya yang bakal mengunakan khidmat pengubah lagu Aubrey Suwito.

Menjanjikan konsep yang lebih santai dan banyak gimik menarik yang bakal dirancang.

"Saya akan berbincang dengan KD untuk persembahan kami, mungkin kami akan bawa gimik-gimik yang manarik sepanjang dua malam itu.

"Saya berharap ia mendapat sambutan daripada syarikat-syarikat yang mahu menghiburkan setiausaha mereka," jelasnya.

Harga tiket serendah RM 350, RM 500, RM 700, RM 10,000 (semeja), dan RM 20,000 (semeja).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain