97% Gadis Malaysia Tidak Mengenali Tubuh Mereka - Kajian Kotex - Hiburan | mStar

97% Gadis Malaysia Tidak Mengenali Tubuh Mereka - Kajian Kotex

KAJIAN ‘BodyLife IQ’ yang telah dilakukan oleh jenama produk penjagaan kebersihan wanita Kotex, mendedahkan fakta yang mengejutkan di mana terdapat jurang informasi yang besar di kalangan wanita muda di Malaysia dengan hanya 3% wanita yang terlibat dalam kajian tersebut mampu menjawab kesemua soalan dengan tepat.

Dalam kajian yang dijalankan di 6 negara, wanita Malaysia berada di tangga tercorot dalam memahami isu kehamilan dan kedaraan.

“Kotex telah bertapak di Malaysia selama 58 tahun dan ia kini produk popular yang sinonim dengan penjagaan kebersihan wanita.

"Berdasarkan reputasi ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memainkan peranan yang lebih besar berkaitan memahami isu dan membantu wanita muda yang menjadi sasaran utama kami. Inilah sebab utama kajian yang mendalam ini dilakukan,” kata Nathan Kandapper, Pengarah Urusan Kimberly-Clark (Malaysia/Singapura)

Kajian kuantitatif mendedahkan beberapa perkara utama mengenai wanita Malaysia: - 90% wanita yang disoal selidik tidak dapat menjawab soalan asas biologi dengan tepat, seperti berapa banyak lubang yang ada pada wanita, dan sama ada kencing dan haid keluar dari lubang yang sama.

“Berdasarkan hasil kajian yang mengejutkan ini, kami merasakan satu keperluan untuk mendidik wanita muda tentang ‘BodyLife IQ’: memahami tubuh mereka sendiri, apakah ciri kewanitaan, bagaimana tubuh mereka berfungsi dan cara menjaganya dari akil baligh ke era keibuan.

"Kami ingin memperkasakan wanita dengan pengetahuan untuk menjadikan mereka lebih yakin terhadap tubuh mereka dan diri mereka, berupaya untuk melakukan pilihan yang lebih tepat dalam kehidupan mereka," katanya.

Kekurangan pengetahuan memberikan banyak kesan buruk, kadangkala mengakibatkan masalah sosial seperti kehamilan remaja, aktiviti seksual tidak selamat, imej tubuh yang tidak sihat dan lain-lain lagi,” tambah Kandapper.

Kajian Kotex BodyLife IQ melibatkan 1,800 wanita muda pada peringkat umur 16-24 tahun di Malaysia, Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia dan India.

Kotex juga melancarkan kempen pendidikan “I Know” sebagai cara untuk merapatkan jurang informasi ini. Majlis pelancaran ini termasuklah Forum ‘BodyLife IQ’ 2010 yang melibatkan perkongsian pendapat dan maklumat di kalangan panel penasihat pakar yang terkemuka termasuk Datin Paduka Marina Mahathir (ibu dan aktivis sosial), Dr Hera Lukman (ahli psikologi bertauliah dan pakar dalam imej tubuh), Azah Yazmin (selebriti dan pendidik) dan Mila Jirin (selebriti dari Akademi Fantasia 5).

Kempen ini bertujuan untuk menubuhkan satu gerakan untuk mendidik, memperbetulkan mitos dan menghapuskan kongkongan perasaan malu menerusi program sekolah, artikel berinformasi, forum/dialog terbuka dan elemen media sosial interaktif yang lain.

Wanita muda Malaysia digalakkan untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut di Laman web www.kotex.com.my

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Fredo Pancing Ikan Lepaskan Gian

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain