suria

Radhi OAG: Saya Nak Bersih Dari Segala-Galanya Untuk 2010

Radhi dan Shazlin datang bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.
Radhi dan Shazlin datang bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.
Radhi dan Shazlin datang bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.

PADA Disember tahun lalu, vokalis OAG, Radhi pernah memaklumkan dia mahu menyelesaikan kes cerai yang dituntut oleh isterinya, Shazlin Sharif secepat yang mungkin kerana mahu imej yang bersih untuk tahun 2010.

Bagi Radhi atau nama sebenarnya Mohd Radhi Razali, sebolehnya dia enggan peminatnya nampak masalah yang melanda dirinya. Ini kerana dia akan mengeluarkan album dan lagu baru dalam tahun ini.

Semalam, Radhi yang mengaku dirinya kaki lambat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bersama Shazlin dengan menaiki kereta yang dipercayai milik wanita itu.

“Rock star mesti datang lambat,” akui Radhi sebelum ini. Seperti yang diberitahu oleh peguam syarie yang mewakilinya, Musa Awang berkata Radhi mempunyai masalah pengangkutan, jadi sebab itu dia tidak dapat hadir ke prosiding kes itu selama lima kali.

Ditanya kepada Radhi berhubung mahu imej yang bersih untuk tahun 2010, penyanyi yang terkenal dengan lagu Slumber dan Generasiku ini berkata ‘saya nak bersih dari segala-galanya…’ dan terus bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Shazlin.

Sementara Shazlin yang turut tergesa-gesa meluru ke arah kereta juga enggan memberikan apa-apa komen.

Kes pengesahan lafaz cerai Shazlin terhadap Radhi ditangguh pada 24 Februari ini bagi memberikan ruang kepada Radhi untuk mengemukakan pembelaan.

Pada 1 Disember lalu, Radhi terlewat lima minit selepas prosiding kes tersebut ditangguhkan sehingga menyebabkan waran tangkap yang dikenakan pada 3 November lalu dilanjutkan.

Artikel Lain