suria

Madonna Rakam Lagu Rock Untuk Album Baru

DIVA Pop, Madonna tidak pernah lekang dengan pelbagai kelainan dan pembaharuan sama ada daripada segi imej mahupun lagu-lagunya.

Terbaru, penyanyi lagu Frozen itu dikhabarkan sedang merancang untuk merakam lagu bergenre rock pula dalam album akan datangnya.

Sebagai permulaan, penyanyi itu telah pun memilih penerbit album kumpulan rock popular Pearl Jam, Brendan O Brien untuk mengemudi proses pemilihan lagu dan penerbitan lagu rock tersebut.

Madonna kini dalam proses mengumpulkan lag-lagu untuk dimuatkan dalam album terbarunya selepas album Hard Candy pada tahun 2008.

Untuk album ke-12 ini, Madonna memang merancang untuk mengembangkan stail muziknya, demikian menurut laporan cantactmusic.com.

Album yang masih belum diberi judul itu dijangka akan menjengah pasaran dalam tahun ini juga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain