suria

Rihanna Sifatkan Album 'Rated R' Terlalu Peribadi

Menurut Rihanna, proses rakaman untuk album terbarunya amat 'peribadi' disebabkan subjek yang terkandung di dalam lagu-lagu itu - foto AFP

RIHANNA mendedahkan bahawa dirinya terpaksa 'berjuang' ketika menghasilkan album terbarunya, 'Rated R' kerana beberapa buah lagu yang dimuatkan di dalam album itu adalah tentang masalah-masalah yang pernah melanda dirinya.

Penyanyi berusia 21 tahun yang telah diserang oleh bekas kekasihnya, Chris Brown pada malam pra-Anugerah Grammy Februari lalu itu berkata, proses rakaman untuk album itu amat 'peribadi' disebabkan subjek yang terkandung di dalam lagu-lagu itu.

"Ia adalah album yang terdekat di hati saya. Semuanya saya curahkan di dalam album itu. Saya sudah boleh mendengar semula lagu-lagu tersebut, tetapi pada awalnya dulu ia sangat pelik.

"Saya tidak boleh langsung dengar demo atau apa saja yang berkaitannya. Ia terlalu mendalam," kata Rihanna.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain