suria

Paris buat kejutan sempena hari lahir Doug

PARIS Hilton membuat kejutan kepada kekasihnya Doug Reinhardt dengan muncul dari sebiji kek besar ketika sambutan hari lahir ke-24 jejaka itu.

Selebriti itu telah mengadakan parti yang cukup mewah untuk kekasihnya itu di rumahnya di Beverly Hills pada Sabtu lalu dan membuat 'kemunculan' istimewa dengan melompat keluar daripada sebiji kek dengan memakai kostum merah jambu dan topeng berlian hitam.

Hilton turut menjemput kumpulan rap, Three 6 Mafia dan bintang hip-hop Ya Boy untuk membuat persembahan di majlis yang turut dihadiri oleh kenalan rapatnya termasuklah aktres Hayden Panettiere.

Menurut sumber, "Paris bertungkus-lumus untuk majlis itu. Doug tidak tahu idea Paris tentang parti itu tetapi dia memang sangat gembira."

Artikel Lain