suria

'Bila mabuk, Aniston hubungi Pitt dan Jolie yang jawab'

Jennifer Aniston hadir ke tayangan perdana filem "Love Happens" di Los Angeles pada 15 September 2009. -Foto REUTERS
Jennifer Aniston hadir ke tayangan perdana filem
Jennifer Aniston hadir ke tayangan perdana filem "Love Happens" di Los Angeles pada 15 September 2009. -Foto REUTERS

JENNIFER Aniston baru-baru ini dikatakan bertengkar dengan Angelina Jolie di telefon gara-gara dia telah menghubungi bekas suaminya, Brad Pitt ketika di dalam keadaan mabuk.

Aktres filem Break-Up itu menjadi emosi ketika mabuk dan ingin berbual mesra dengan bekas suaminya itu.

"Ketika mabuk, dia jadi emosi dan menghubungi Brad tanpa menyangka 'orang lain' yang akan menjawab telefon," kata sumber menerusi sebuah laporan di dalam satu laman web.

Jolie dikatakan telah menjawab telefon dan memarahi Aniston.

"Apabila Jen dengar suara Angie, dia amat takut. Jennifer mengharapkan dia dapat berbual dengan Brad, tetapi akhirnya perlu bertekak dengan Angelina.

"Jen beritahu Angie bahawa dia bencikannya, tetapi Angelina 'menghentam' semula," kata sumber itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain