suria

Yash Chopra kembali bikin filem romantik selepas lima tahun menyepi

PENGARAH filem veteran, Yash Chopra akan kembali mengarah filem romantik selepas lima tahun menyepi dalam industri hiburan.

"Saya dalam proses untuk mengarah sebuah filem romantik pada Disember atau Januari depan. Tetapi saya belum menetapkan pelakon dan beberapa perkara lain.

"Saya pasti akan umumkan projek ini pada bulan depan," kata Chopra.

Chopra dikenali sebagai pembikin filem hits seperti 'Dil To Pagal Hai', 'Chandni', 'Silsila', 'Trishul' dan 'Deewar'.

Dia telah hadir ke majlis Anugerah Nasional ke-55 pada semalam untuk menerima hadiah bagi pihak anaknya, Aditya. Filem 'Chak De! India' Aditya telah memenangi anugerah filem terbaik bagi hiburan keseluruhan untuk 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain