suria

Brangelina melawat anak-anak yatim di Jordan

PASANGAN pelakon popular Brad Pitt dan Angelina Jolie telah mengunjungi kediaman anak-anak yatim SOS Children’s Village di Amman, Jordan.

Mereka dijemput ke perkampungan anak-anak yatim itu oleh Permaisuri Jordan Noor Al-Hussein, Pengerusi SOS Children’ Villages Jordan.

“SOS sangat mengambil berat kepada kanak-kanak tanpa jagaan ibu bapa adalah salah satu cara terbaik memandangkan mereka masih berada dalam satu persekitaran keluarga dalam negara mereka sendiri,” kata Jolie.

“Kami berharap lebih ramai orang mengetahui tentang program-program mereka dan memberikan sokongan sepenuhnya,” kata pelakon filem ‘Mr & Mrs Smith’ ini lagi.

Jolie, Duta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) kembali ke perkampungan itu setelah kali terakhir menjejakkan kaki ke situ pada 2003, manakala ia merupakan kali pertama buat Pitt.

Artikel Lain