suria

Pakaian dalam Mel Brown hilang dalam penerbangan!

Mel B, bergambar semasa ulang tahun sebuah syarikat pakaian dalam di sebuah pusat membeli-belah di London pada 2 September 2009. -Foto AP

BEKAS Spice Girl, Melanie Brown mendapati pakaian dalamnya hilang selepas mendarat di United Kingdom. Dia hanya menyedari kehilangannya apabila tidak menjumpainya dalam bagasi.

Penyanyi itu yang terbang pulang dari Amerika Syarikat mendapati satu beg pakaian mengandungi pakaian dalamnya yang beropol-ropol telah hilang.

"Saya tiba tanpa bagasi dan tidak mempunyai seluar dalam!" media memetik Mel sebagai berkata.

Bagaimanapun, Mel, 34, yang terkenal dengan nama jolokan 'Scary Spice' itu merupakan duta kepada jenama pakaian dalam berjenama Ultimo.

Dia hanya perlu membuat satu panggilan kepada pengasas Ultimo dan pakaian dalam segera dihantar ke hotelnya.

"Mujurlah saya sempat hubungi Michelle. Dia menyelamatkan saya," kata Mel.

Dan sekarang, Mel telah kembali di United Kingdom untuk menemui bekas ahli-ahli kumpulan Spice Girls.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain