suria

Leonardo DiCaprio lebih suka berlakon filem tragis

Bintang handalan Hollywood, Leornado Dicaprio. foto-REUTERS
Bintang handalan Hollywood, Leornado Dicaprio. foto-REUTERS
Bintang handalan Hollywood, Leornado Dicaprio. foto-REUTERS

BINTANG Hollywood Leonardo Dicaprio mengakui dia tidak sesuai berlakon dalam filem komedi dan lebih suka berlakon dalam filem yang tragis.

Leonardo telah melakonkan pelbagai karektor dramatik sepanjang kariernya selama 18 tahun, contohnya seperti filem yang memenangi anugerah Oskar 'Titanic', 'Romeo + Juliet' dan 'Gangs of New York'.

Terbaru aktor berusia 34 tahun itu akan membintangi filem 'Shutter Island' arahan Martin Scorsese.

"Ramai yang mengatakan saya lebih suka memegang karektor yang tragis, bagi saya ia lebih menyeronokkan dan mencabar. Saya lebih tertarik melakukan watak yang seperti itu," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain