suria

Konsert percuma Miley Cyrus, peminat tunggu 36 jam

Peminat sanggup menunggu selama 36 jam untuk konsert percuma Miley Cyrus. foto-REUTERS
Peminat sanggup menunggu selama 36 jam untuk konsert percuma Miley Cyrus. foto-REUTERS
Peminat sanggup menunggu selama 36 jam untuk konsert percuma Miley Cyrus. foto-REUTERS

SELEPAS lebih 36 jam menunggu, Miley Cyrus mengejutkan peminatnya daripada tidur dengan memulakan persembahannya secara percuma di bandar New York.

Beratus-ratus peminat menjerit dan berpusu-pusu mendekati pentas tempat Miley membuat persembahan apabila penyanyi berusia 16 tahun dan penarinya memulakan konsert tersebut yang diadakan di Manhattan Rockefeller Center.

Miley sendiri mengatakan dia terkejut dengan jumlah yang datang dan menambah dia hanya akan 'berkhemah semalaman' untuk menyasikan lagenda Rock n Roll.

"Saya akan melakukannya kalau orang itu hanya sekali saya dapat jumpa seumur hidup, contohnya Elvis," kata Miley.

Selain itu Miley mengatakan idolanya pada masa ini ialah Chris Martin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain