suria

Jualan album Michael meningkat selepas kematiannya

Jualan album Michael Jackson meningkat semenjak kematiannya. foto-AP
Jualan album Michael Jackson meningkat semenjak kematiannya. foto-AP
Jualan album Michael Jackson meningkat semenjak kematiannya. foto-AP

JUALAN album Michael Jackson meningkat dengan mendadak semenjak kematian bintang terkenal itu pada 25 Jun lepas.

Penerbit Muzik Britain, Chrysalis Group berkata kematian Michael yang tidak disangka menyebabkan 'peningkatan secara luarbiasa' berkenaan dengan penjualan albumnya.

Ini termasuklah lagu popular penyanyi itu seperti 'Thriller', 'Rock With You' dan 'Off the Wall'.

Bagaimanapun menurut ketua pegawai kewangan AEG, Andy Mollett, keuntungan yang akan diperolehi Michael masih belum diketahui.

"Kami berhak mendapat royalti daripada 50 persembahan Michael yang dijadualkan di O2," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan Mollett.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain