suria

Lady Gaga: Populariti dan percintaan dua perkara berbeza

Penyanyi Lady Gaga membuat persembahan pada konsert 'Isle of MTV' di Floriana, luar Valletta pada 8 Julai 2009. -foto REUTERS

LADY Gaga akui populariti dan percintaan tidak boleh dimiliki pada masa yang sama.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Poker Face' itu kelihatan sedang keluar bersama dengan seorang lelaki misteri ketika berada di Hawaii bulan Jun lepas.

Bagaimanapun Lady Gaga mengatakan hubunganya dengan lelaki itu, yang lebih dikenali sebagai 'Speedy' sudah pun berakhir.

Beliau juga mengaku menyesal menjadi seorang yang berjaya dan terkenal sepanjang pembabitannya dalam dunia muzik kerana ia telah mengorbankan peluangnya untuk bercinta.

"Sekarang saya perlu memilih apa yang saya mahukan sama ada kerjaya ataupun menjalinkan hubungan.

"Kadangkala saya terfikir, hanya peminatlah yang saya ada sekarang. Pernah saya membaca surat daripada seorang peminat saya, dia menceritakan betapa sayangnya dia kepada saya... saya pun terus menangis," kata Lady Gaga.

Artikel Lain