suria

Michael Jackson anggap album 'Bad' gagal

Michael pernah memberitahu Quincy Jones yang dia kecewa dengan jualan album 'Bad'
Michael pernah memberitahu Quincy Jones yang dia kecewa dengan jualan album 'Bad'
Michael pernah memberitahu Quincy Jones yang dia kecewa dengan jualan album 'Bad'

MESKIPUN album 'Bad' mencecah angka jualan sebanyak 25 juta unit, Michael Jackson tetap menyifatkannya sebagai album yang kurang mendapat sambutan.

Menurut rakan kongsi Raja Pop tersebut, Quincy Jones, ini adalah kerana 'kayu pengukur' Michael Jackson adalah hasil jualan album 'Thriller' sebanyak 100 juta unit.

"Dia (Michael) telah menjual 25 juta unit album 'Bad'. Itu adalah rekod yang memuaskan. Bagaimanapun, Michael ingin menjual 100 juta unit album tersebut.

"Di bilik mandinya, Michael menconteng '100 million (juta)' di cermin dengan gincu," media memetik Jones sebagai berkata.

Ikon popular meninggal dunia secara mengejut bulan lalu. Michael Jackson nampaknya kurang gembira dengan jumlah jualan album 'Bad'.

Jones yang menghasilkan tiga album terbesar Raja Pop iaitu 'Off the Wall', 'Thriller' dan 'Bad' berkata, Michael Jackson adalah individu yang sangat berdaya cipta dan suka bereksperimen.

"Setiap bandar yang saya lawati, biasanya pada tengah malam, lagu-lagu Michael Jackson seperti 'Billie Jean' dan 'Wanna be starting something' diputarkan," katanya.

Tambah Jones, muzik Raja Pop masih mendapat sambutan memberangsangkan dan ini adalah suatu rekod yang luar biasa.

Artikel Lain