suria

Madonna rasuah anak agar jauh diri dari rokok

Madonna ketika berada di Lapangan Terbang Marseille Marignane. foto-AP
Madonna ketika berada di Lapangan Terbang Marseille Marignane. foto-AP
Madonna ketika berada di Lapangan Terbang Marseille Marignane. foto-AP

RATU Pop Madonna sanggup merasuah anak gadisnya, Lourdes, dengan memberinya wang yang banyak untuk memastikan anaknya itu menjauhi rokok selepas Madonna menangkap anaknya itu sedang merokok.

Menurut sumber, Madonna tidak gembira apabila mendapati anak gadis kesayangannya itu mempunyai tabiat yang buruk.

"Madonna begitu terkejut apabila Lourdes mengaku perbuatannya itu dan Madonna terus menawarkannya wang tunai yang banyak sebagai insentif untuk anaknya itu menjauhi rokok," kata satu sumber.

Lourdes yang amat rapat dengan ibunya itu juga pernah memberi nasihat kepada teman lelaki Madonna semenjak ibunya itu bercerai dengan bekas suaminya, Guy Ritchie.

"Apabila Madonna berkahwin dengan Ritchie, bekas suaminya itu mendapati agak sukar untuk mengawal Lourdes kerana Lourdes bersikap seperti anak emak. Bila saya (Ritchie) minum bir di rumah, Lourdes akan memberitahu Madonna. Lourdes dan Madonna mempunyai hubungan ibu dan anak yang sangat rapat," kata satu sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain