suria

Jackson ramal upacara peringatinya satu "pertunjukan terhebat di bumi"

Michael Jackson. - foto AP
Michael Jackson. - foto AP
Michael Jackson. - foto AP

SEBELUM kematiannya, Michael Jackson pernah membuat ramalan upacara peringatannya (apabila dia meninggal dunia satu hari nanti) bahawa ia mungkin menjadi satu "pertunjukan terhebat di bumi".

Jackson meramalkan perkara kurang manis tersebut dalam satu temuramah pada tahun 2002.

"Ia bakal menjadi persembahan terhebat di bumi. Itu yang saya inginkan. Bunga api dan segala-galanya,” media melaporkan Jackson sebagai berkata.

Hampir satu juta peminat bintang handalan itu dijangka berziarah ke arena The Staples Center di Los Angeles pada 7 Julai ini.

Lebih 750 juta orang akan menontonnya di televisyen.

Keluarga Jackson telah mengesahkan banyak selebriti legenda bakal membuat persembahan dan memberi penghormatan dalam upacara pengebumiannya.

Antaranya, Sir Paul McCartney, penyanyi Diana Ross, dan Liz Taylor.

Terdapat rancangan mendirikan skrin-skrin gergasi di luar stadium bermuatan 20,000 orang untuk menayangkan upacara tersebut.

Media melaporkan surat jemputan telah dihantar kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk menghadirinya.

Jackson - bintang The ‘Thriller’ - akan bersemadi dalam keranda bertatahkan emas 14-karat yang seberat 15,000 pound.

Jurucakap keluarga Jackson, Brian Oxman memberitahu: "Ia akan menjadi upacara pengebumian mega....sangat besar."

Artikel Lain