suria

Rihanna bercinta dengan artis hip-hop, Drake?

Rihanna dikatakan menjalinkan hubungan dengan artis hip-hop, Drake - foto AP
Rihanna dikatakan menjalinkan hubungan dengan artis hip-hop, Drake - foto AP
Rihanna dikatakan menjalinkan hubungan dengan artis hip-hop, Drake - foto AP

SETELAH 'meninggalkan' Chris Brown, Rihanna dikatakan menjalinkan hubungan dengan artis hip-hop, Drake.

Khabar angin itu mula bertiup setelah mereka dilihat pergi ke majlis 'post-party' untuk filem Year One di Hotel Empire, New York.

"Dia dan Drake dilihat cukup intim," kata satu sumber.

Selepas itu, mereka ke Greenhouse di Varick Street dan dilihat duduk di tempat VIP.

"Mereka pastinya ada hubungan, tetapi ingin merahsiakannya," tambah sumber itu.

Jurucakap Rihanna juga tidak mahu mengulas tentang hal itu.

Artikel Lain