suria

Mariah Carey hanya rakam lagu pada waktu malam

Mariah Carey
Mariah Carey
Mariah Carey

PRODUSER-PRODUSER album Mariah Carey cukup pening dengan kerenah penyanyi itu yang enggan merakamkan lagu-lagu untuk album terbarunya pada waktu siang.

Dia kini sedang menghasilkan lagu untuk album terbarunya, "Memoirs of an Imperfect Angel'.

Penyanyi itu yang memang terkenal dengan lagak divanya menegaskan, dia hanya akan merakamkan albumnya pada waktu malam.

"Di dalam studio.... saya hendak sesi rakaman bermula pada 1.16 pagi dan ini menyebabkan mereka "gila"," katanya dalam laman Twitter pada waktu awal pagi, 10 Jun lalu.

Selebriti berusia 40 tahun itu mengemaskinikan statusnya dua jam kemudian berkata, dia masih sedang membuat rakaman lagu itu.

Mariah berhenti melayari laman web pada 4.15 pagi dan seterusnya, pergi ke dapur untuk menemani anjing-anjingnya.

Artikel Lain