suria

Label pakaian Miley Cyrus & Max Azria bermula Ogos ini

Miley Cyrus akan melancarkan koleksi pakaiannya sendiri pada Ogos depan
Miley Cyrus akan melancarkan koleksi pakaiannya sendiri pada Ogos depan
Miley Cyrus akan melancarkan koleksi pakaiannya sendiri pada Ogos depan

BINTANG Hannah Montana, Miley Cyrus sudah bersedia untuk melancarkan koleksi pakaiannya sendiri pada Ogos depan.

Cyrus bakal bergandingan dengan pereka fesyen terkemuka Max Azria dari BCBG dan Herve Leger untuk projeknya yang akan diberi nama Miley Cyrus & Max Azria.

Difahamkan, jenama pakaian itu diilhamkan sendiri oleh remaja berusia 16 tahun itu.

"Saya suka reka sesuatu yang berkisarkan tentang eskpresi peribadi individualiti," kata Cyrus.

Antara koleksi pakaian itu adalah seperti t-shirt, seluar, kasut dan aksesori manakala harganya pula adalah bawah 20 dolar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain