suria

Simon tukar staf keselamatan dengan bekas komando

Simon Cowell
Simon Cowell
Simon Cowell

PEMUZIK berpengaruh, Simon Cowell telah bercadang mempertingkatkan tahap keselamatannya dengan menggantikan barisan staf keselamatannya dengan bekas komando tentera.

Cowell, 49, mengambil langkah drastik tersebut setelah bimbang terhadap keselamatannya yang terancam.

"Simon mengambil keputusan untuk meningkatkan tahap keselamatan peribadinya," menurut sumber.

"Dia menemui satu alat pengesan di bawah keretanya tahun lalu dan terdapat beberapa orang yang tidak dikenali berkeliaran di sekeliling rumahnya di Los Angeles.

"Justeru, dia berasa perlu mengambil langkah berjaga-jaga," katanya sambil menegaskan, dia bukan tidak yakin dengan staf keselamatannya sebelum ini.

Jelas Cowell, dia kini menghadapi ancaman lebih besar memandangkan dia kini bintang global.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain