suria

Cruz menyerlah dengan renda seksi dalam muzikal 'Nine'

Penelope Cruz
Penelope Cruz
Penelope Cruz

UNTUK filem muzikal terbaru 'Nine' yang memaparkan dua nama besar seperti Nicole Kidman dan Kate Hudson, rupa-rupanya aktres Penélope Cruz yang akan mencuri perhatian ramai.

Aktres dari Sepanyol ini telah mengenakan sebuah baju yang begitu seksi penuh dengan renda-renda, berstokin panjang dan seluar dalam yang menggairahkan.

Filem baru ini berkisarkan tentang seorang pengarah filem yang melalui krisis pertengahan umur, yang dibawa Daniel Day-Lewis.

Namun Cruz berkata, walaupun dia kelihatan seksi tetapi watak yang dibawanya cukup berat. Karektornya dibelasah dan dipukul dengan satu tali yang cukup kasar.

"Kesakitan yang saya rasa begitu memeritkan sekali. Saya juga terpaksa belajar menari," jelas Cruz.

Tahun lepas, Cruz telah belajar menari bersama-sama kawan-kawannya Nicole Kidman, Hudson, Stacy 'Fergie' Ferguson, Marion Cotillard, Dame Judi Dench dan Sophia Loren di sebuah studio di London.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain