suria

Rihanna belum sedia beraksi di konsert UAE

Rihanna
Rihanna
Rihanna

PENYANYI Rihanna yang sepatutnya membuat persembahan di United Arab Emirates (UAE) pada hujung bulan ini telah membatalkan konsert itu.

Menurut laporan media, Rihanna belum bersedia untuk membuat kemunculan di atas pentas lagi.

Konsert itu sepatutnya merupakan pertunjukan Rihanna yang pertama selepas didakwa dibelasah oleh bekas kekasihnya, Chris Brown pada 8 Februari lalu.

"Pihak pengurusan Rihanna telah menghubungi kami dan menjelaskan punca dia tidak dapat meneruskan konsert itu Mei ini.

"Bagaimanapun, Rihanna tetap berminat untuk membuat persembahan di rantau itu," kata penganjur konsert, Yassin Matbouly.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain