suria

Berbadan dua tidak halang Heidi Klum berbogel dalam pertunjukan

Heidi Klum
Heidi Klum
Heidi Klum

WALAUPUN berbadan dua, Heidi Klum mula berbogel di depan kamera ketika muncul di pertunjukan sembang Amerika Syarikat oleh Ellen Degeneres.

Jelitawan dari Jerman itu bersetuju untuk menderma gaun Alice Temperley yang dipakainya semasa pertunjukan itu dan dilelongkan untuk jualan amal.

Bagaimanapun, ketika pengacara menggalakkan Klum untuk menanggalkan pakaian, supermodel yang berani tersebut mula menanggalkan tali pengikat gaun itu.

Walaupun DeGeneres menggunakan sapu tangan untuk melindungi model berbadan dua pada awalnya, dia akhirnya sedar tindakan itu akan mendatangkan masalah kemudian.

Dengan itu, pengacara menamatkan pertunjukan itu dan satu skrin digunakan untuk melindungi model itu sambil lagu dimainkan.

Menurut laporan, Klum kemudian muncul semula dengan memakai jubah putih.

Gaun Temperley itu sedang dilelong di laman eBay.com.

Artikel Lain