suria

Rosyam 'pilih kasih' batalkan audition di Sarawak?

Rosyam Nor - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
Rosyam Nor - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
Rosyam Nor - foto THE STAR oleh LOW LAY PHON

SEJAUHMANA penerbit program Pilih Kasih, Rosyam Nor pilih kasih dalam memilih lokasi sesi uji bakat? Mula-mula, kata adakan uji bakat di Sarawak (The Spring), pada 9-10 Mei, tetapi dia membatalkannya di saat-saat akhir.

Betulkah dia enggan menyeberangi Laut China Selatan untuk mencari bakat tidak betul pula? Ini kerana uji bakat Pilih Kasih di Kota Kinabalu (One Borneo) berjaya memancing 505 peserta.

Atau mungkinkah Rosyam yang juga Pengarah Urusan Syarikat Suhan Movies Trading Sdn. Bhd. itu memandang rendah terhadap bakat-bakat di negeri Kenyalang itu?

Jangan lupa peserta-peserta Akademi Fantasia 7 yang berbakat seperti Hafiz, Aishah dan Claudia berasal dari negeri itu!

ROSYAM PILIH KASIH

Hakikatnya, Rosyam tersepit dan mengambil keputusan drastik selepas sesi uji bakat di Plaza Alam Sentral, 3 Mei lalu mendapat sambutan luar biasa.

"Lebih daripada 2,000 orang menyertainya dari 10 pagi hingga 12 tengah hari pada Ahad lalu (3 Mei). Rata-ratanya, tempat yang kita pergi, puratanya 300 orang menyertainya dengan maksimum pun 320 peserta.

"Kita pun panik juga dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak ke Sarawak bagi menyaring habis peserta-peserta lain.

"Kalau saya nak pergi ke Sarawak, macam mana saya nak kendalikan uji bakat untuk 1,700 yang berdaftar ini. Semua akan 'belasah' saya," akui Rosyam pada sidang akhbar di Restoran Delicious, Bangsar Village, semalam.

Oleh itu, beliau yang pernah mengungguli gelaran Pelakon TV Lelaki Popular itu selama tujuh tahun berturut-turut sejak 1997 meminta maaf kepada semua pihak terbabit kerana tidak dapat ke Sarawak untuk uji bakat Pilih Kasih, musim ini.

"Secara tidak langsung, nak minta maaf kerana iklan-iklan dah keluar dan kami tak dapat bersama Sarawak musim ini. Saya telahpun minta maaf dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak kerana dah buat promosi... kepada penaja Telekom Malaysia (TM) pun saya telah minta maaf," akuinya.

LOKASI UJI BAKAT 9-10 MEI : PLAZA ALAM SENTRAL BUKAN MENARA TM

Sementara itu, Rosyam memberitahu, pihaknya ingin membuat pembetulan lokasi uji bakat sebenar pada hujung minggu ini.

Beliau menegaskan, lokasinya ialah Plaza Alam Sentral di foyer utama dan bukan Menara TM seperti yang diuar-uarkan.

"Pada pagi yang sama juga (3 Mei), saya telah mengumumkan untuk mengadakan sesi uji bakat pada 9 dan 10 Mei itu di Menara TM, tetapi saya nak membuat pembetulan iaitu akan diadakan di Plaza Alam Sentral," kata Rosyam.

Jelas Rosyam, pihaknya akan menempatkan staffnya di Menara TM untuk memaklumkan mereka yang terlepas mendengar pengumuman menerusi RTM, iklan dan Radio Selangor FM.

Katanya, dia meminta maaf kepada orang ramai dan pihak TM ekoran penukaran lokasi tersebut.

Artikel Lain