suria

Iljimae - Zorro dan Robin Hood ala-Korea

Jika anda peminat Zorro dan Robin Hood, anda pasti akan menyukai drama Iljimae ini - Swee Kim
Jika anda peminat Zorro dan Robin Hood, anda pasti akan menyukai drama Iljimae ini - Swee Kim
Jika anda peminat Zorro dan Robin Hood, anda pasti akan menyukai drama Iljimae ini - Swee Kim

8TV membawakan sebuah lagi drama menarik berjudul Iljimae untuk slot Best of the East. Iljimae telah mula bersiaran pada 10 April lalu jam 8.30 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Iljimae merupakan seorang pencuri misteri yang sentiasa memakai kostum berwarna hitam. Dia hanya merompak pegawai-pegawai kerajaan yang tidak jujur sewaktu menjalankan pekerjaan mereka dan hasil dari rompakan itu akan diberi kepada orang miskin.

Tidak hanya mencuri, Iljimae juga akan membawa penjenayah-penjenayah yang berjaya melarikan diri ke muka pengadilan supaya menerima hukuman yang setimpal.

Setiap kali melakukan rompakan, Iljimae akan meninggalkan sekeping lukisan plum merah yang dipanggil ‘Meh Hwa’ sebagai tanda.

Penduduk-penduduk menyokong tindakan Iljimae namun Maharaja dan pentadbir kerajaan cuba menentang Iljimae dan berusaha keras untuk membongkar identiti sebenar Iljimae.

Suatu malam, Yong (Lee Joon-ki) teringat peristiwa silam di mana bapanya dibunuh dengan kejam. Pada mulanya, Yong tidak pernah terfikir untuk membalas dendam kerana dia hanya mahu bersatu kembali dengan ibu dan kakaknya. Namun dendamnya mula memuncak apabila Yong menyaksikan sendiri bagaimana kakaknya dibunuh.

Yong mula berjinak-jinak menjadi pencuri. Suatu hari Yong terjumpa dengan senarai ahli sebuah kumpulan yang digelar “Chunwoo Association” sewaktu memecah masuk di sebuah rumah. Bapa Yong turut tersenarai sebagai salah seorang ahli kumpulan itu.

Semenjak dari hari itu Yong mula memecah masuk ke rumah lain untuk mencari petunjuk baru dan membongkar misteri kumpulan “Chunwoo Association”. Namun kerana tergesa-gesa, malam itu Yong meninggalkan kesan di rumah terbabit.

Keesokan harinya pihak polis mula menjalankan siasatan dan terjumpa kesan yang sama di setiap rumah yang diceroboh sebelum ini. Polis menamakan pencuri itu sebagai “Iljimae”.

Yong percaya kumpulan “Chunwoo Association” ini berkait rapat dengan pembunuhan bapanya. Yong cuba berbaik-baik dengan Eun-chae (Han Hyo-ju) iaitu anak kepada seorang ahli kumpulan “Chunwoo Association” untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kegiatan persatuan itu.

Tanpa disedari Eun-chae menaruh hati kepada Yong namun Yong tidak mahu percintaan menjadi penghalang kepada misi beliau yang ingin mencari dalang di sebalik pembunuhan bapa dan kakaknya.

Adakah Yong berjaya membongkar misteri “Chunwoo Association”? Berjayakah Yong menangkap pembunuh sebenar ayah dan kakaknya? Bagaimana pula kisah percintaan Yong dan Eun-chee?

Untuk mengetahui kisah seterusnya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Iljimae.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain