suria

Beyonce 'pinjamkan' suara untuk karakter kartun

Beyonce akan 'meminjamkan' suaranya bagi satu watak kartun rancangan `Wow! Wow! Wubbzy' - foto REUTERS

BINTANG popular Beyonce Knowles telah bersetuju untuk meminjam suaranya bagi satu watak kartun bagi rancangan televisyen kanak-kanak `Wow! Wow! Wubbzy', memandangkan anak saudaranya cukup menggemari rancangan tersebut.

Beyonce teruja untuk berbuat demikian kerana anak lelaki kakaknya (Solace), Daniel, 4, merupakan penyokong kuat rancangan itu.

Beyonce mendedahkan, anak saudaranya itu sukar mempercayai bahawa dia akan memainkan peranan pada rancangan kegemarannya itu

"Saya memberitahu dia bahawa saya dipertimbangkan untuk peranan itu, dan dia tidak mempercayai saya. Lebih-lebih lagi, episod tersebut belum disiarkan di televisyen, jadi dia masih enggan mempercayai kata-kata saya.

"Dia berkata... Yelah Auntie BB, anda langsung tidak tahu siapa Wubbzy!" kata Beyonce.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain