suria

Miley Cyrus rakam lagu bersama bekas kekasih

Miley Cyrus dan Nick Jonas akan 'bersatu' semula untuk sebuah lagu bai tujuan amal- foto AFP
Miley Cyrus dan Nick Jonas akan 'bersatu' semula untuk sebuah lagu bai tujuan amal- foto AFP
Miley Cyrus dan Nick Jonas akan 'bersatu' semula untuk sebuah lagu bai tujuan amal- foto AFP

BINTANG remaja Miley Cyrus dan bekas teman lelakinya, Nick Jonas akan berkolaborasi merakamkan sebuah lagu bagi tujuan amal.

Mereka adalah antara selebriti yang akan terbabit di dalam sebuah lagu seperti mana yang pernah dirakamkan oleh ramai selebriti menerusi lagu We Are The World sebelum ini.

Lagu berjudul 'Pass It On' itu juga turut menampilkan adik-beradik Jonas yang lain, Jonas Brothers, dan beberapa artis rakaman Disney.

Kolaborasi itu sekaligus menafikan spekulasi bahawa Cyrus dan Jonas 'bermasam muka' setelah mereka berpisah.

"Kami tidak membenci antara satu sama lain. Saya gembira kerana kami sebenarnya masih boleh berkawan.

"Ramai yang ingat saya dan Jonas Brothers bermusuh gara-gara hal itu. Tetapi sebenarnya saya dan Nick masih berkawan baik. Kami sering berbual dan dia adalah salah seorang rakan karib saya," kata Cyrus.

Artikel Lain