suria

Shilpa Shetty bintangi siri EastEnders

Shilpa dikhabarkan bakal membintangi siri popular, EastEnders
Shilpa dikhabarkan bakal membintangi siri popular, EastEnders
Shilpa dikhabarkan bakal membintangi siri popular, EastEnders

AKTRES Bollywood Shilpa Shetty nampaknya telah dilamar untuk membintangi siri popular, EastEnders.

Aktres berusia 32 tahun ini dikatakan telah berbincang dengan produser siri terbitan BBC itu yang mana dia berkemungkinan akan membawakan watak sebagai ahli sebuah keluarga dari Asia yang berpindah ke Albert Square.

Dalam pada itu, Shetty yang cukup dikenali menerusi program Britain Big Brother telah pun membeli sebuah kediaman mewah bernilai 10 juta paun di Weybridge, Surrey, baru-baru ini.

Dia dikhabarkan akan berpindah ke rumah baru itu setelah berkahwin dengan jutawan dari London, Raj Kundra.

Artikel Lain