suria

Duff tidak layak lakonkan 'Bonnie and Clyde,' kata Faye Dunaway

Menurut Faye, Hilary Duff dianggap tidak layak membawa watak dalam filem 'Bonnie and Clyde.'
Menurut Faye, Hilary Duff dianggap tidak layak membawa watak dalam filem 'Bonnie and Clyde.'
Menurut Faye, Hilary Duff dianggap tidak layak membawa watak dalam filem 'Bonnie and Clyde.'

BUKAN senang untuk memuaskan hati aktres lagenda seperti Faye Dunaway yang sudah lama menyepi diri.

Tiba-tiba saja bekas primadona yang berusia 68 tahun ini menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap aktres muda Hilary Duff yang akan memulakan pengambaran untuk filem 'Bonnie and Clyde" yang akan dibuat semula.

Dunaway adalah pelakon asal filem tersebut yang mula diperkenalkan pada tahun 1967.

Bukan saja dia memperlekehkan Duff tapi dia rasa bintang muda itu tidak layak membawa watak dalam filem yang telah membawa populariti kepadanya.

Kata bintang yang sudah menjangkau usia lewat senja itu, "Sekurang-kurangnya pilihlah aktres yang boleh berlakon."

Duff pula tidak mahu kalah dan terus berkata "komen itu tidak perlu tapis aya faham perasaannya. Saya juga akan berasa marah kalau saya kelihatan seperti itu sekarang."

Tidak cukup dengan komen yang menghiris hati, Duff juga mempersendakan cadangan Dunaway yang ingin membuat plastik surgeri.

"Saya rasa peminat-peminat saya yang akan melihat filem itu, tidak akan kenal siapa dia, jadi faham-fahamlah..."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain