suria

Rahsia kejelitaan Bipasha Basu

Rahsia kejelitaan Bips ialah diet yang sihat dan tidur yang cukup.
Rahsia kejelitaan Bips ialah diet yang sihat dan tidur yang cukup.
Rahsia kejelitaan Bips ialah diet yang sihat dan tidur yang cukup.

DIA mungkin tidak sejelita ratu Cantik Dunia, Aishwarya Rai tapi aktres Bipasha Basu tetap menawan dan mempunyai personaliti yang menarik.

Ramai yang kagum dengan aura seksi yang dimilikinya. Sebenarnya teman wanita John Abraham ini sering digelar aktres seksi menggairahkan kerana dia bukan saja cantik tetapi badannya sihat dan kemas kerana selalu bersenam.

Aktres berkaki panjang ini mengaku, rahsia kejelitaannya ialah diet yang sihat dan senaman yang cukup.

"Saya adalah jenis yang suka bersenam. Saya percaya kalau kita sihat, aura itu akan kelihatan daripada luar, sebab itu saya pentingkan senaman," kata Bipasha yang sering digelar Bips saja.

Dan untuk memastikan yang badannya mendapat cukup rehat dan kelihatan segar selalu, Bips akan minum 10 gelas air sehari.

"Saya guna sunscreen dengan SPF setiapkali saya keluar rumah dan berjemur di bawah cahaya matahari. Saya tidak pernah makan makanan berat.

"Saya makan sedikit saja tapi makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap. Tidur juga amat penting, sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Jika amalan ini diikut, pasti anda akan kelihatan menawan," kata Bips.

Artikel Sebelum

Siti tak terasa nak menyanyi lagi...

Artikel Berikut

Aamir berjaya ubah sikap minum Salman

Artikel Lain