suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai baju tanpa lengan, ramai persenda ketiak hitam Jennifer Coppen

Jennifer bengang netizen kritik ketiak hitam.

TINDAKAN pelakon Indonesia Jennifer Coppen memakai baju tanpa lengan mengundang kecaman dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Ini kerana ramai berasa terganggu dengan ketiak Jennifer atau Jennifer Rochelle Coppen, 23, yang kelihatan hitam yang tidak kena dengan warna kulitnya yang cerah.

Ramai mengutuk pelakon itu tidak pandai menjaga kebersihan sehingga menyebabkan ketiaknya berwarna hitam.

Untitled design (16)

Jennifer mempunyai seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink.

Malah ada pula memerli Jennifer tidak memakai deodoran dan bau badannya busuk berdasarkan warna ketiaknya.

Tidak berdiam diri dengan penghinaan itu, Jennifer sebaliknya menjelaskan perubahan hormon ketika mengandung dan selepas bersalin punca ketiaknya bertukar menjadi gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Abu mayat suami dijadikan loket, Jennifer Coppen belum terima hakikat Dali Wassink sudah tiada

ARTIKEL BERKAITAN: Tak lagi nampak macam ‘hantu’, Donatella Versace tayang wajah baharu

"Saya mengalami perubahan hormon. Kalau belum ada anak, belum pernah mengandung dan bersalin, lebih baik anda diam.

"Jangan kurang ajar! Kamu semua tiada kerja penting ke sampai nak sibuk tentang ketiak saya?," katanya.

Jennifer menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain