suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masuk hospital disebabkan keletihan, netizen yakin Mahalini sedang hamil anak pertama

Rizky kongsi keadaan Mahalini ketika di hospital.

PENYANYI Mahalini Raharja dimasukkan ke sebuah hospital di Jakarta, Indonesia akibat mengalami keletihan melampau.

Berita itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu penyanyi Rizky Febian menerusi Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Mahalini dilihat terlantar di katil hospital dalam keadaan lemah.

lini 2

Rizky setia di sisi isterinya.

“Semoga isteri saya cepat sembuh.

“Saya panik semalam (Sabtu) dan tak sanggup melihat Lini (panggilan Mahalini) terlalu letih sehingga terjatuh dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Rizky turut setia menemani Mahalini di wad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mahalini dah mengandung, Sule beri bayangan bakal timang cucu perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 bulan nikah tapi Rizky Febian dan Mahalini belum daftar perkahwinan

Bagaimanapun, Rizky tidak berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dialami oleh isterinya itu.

Susulan itu, rata-rata netizen mula mengesyaki Mahalini dimasukkan hospital kerana keletihan disebabkan mengandung anak pertama.

"Kalau awal kehamilan memang selalu letih, terutama kalau sering mual dan muntah kerana tak boleh masuk makanan," antara komen netizen.

mahalin 2

Mahalini kerap mengenakan baju longgar sejak akhir-akhir ini.

Pada awal November lalu, Mahalini dikhabarkan sedang hamil anak pertama.

Malah bapa mentuanya, pelawak Sule turut memberi bayangan bakal menimang cucu perempuan.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain