suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Mahalini dah mengandung, Sule beri bayangan bakal timang cucu perempuan

Sule beri bayangan Mahalini sedang hamil.

BAHARU enam bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Mahalini dikhabarkan sedang hamil anak pertama.

Memetik laporan Suara.com ramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil kerana penampilannya dilihat agak berbeza sejak bulan lalu.

Malah semasa menghadiri majlis ulang tahun anak penyanyi Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar pada Ahad, Mahalini dilihat selesa mengenakan gaun longgar.

mahalini 1

Mahalini semasa melakukan persembahan di ulang tahun kelahiran anak Atta.

Gaun tersebut sekaligus menutup bentuk tubuh dan perutnya.

Sementara itu, bapa mentuanya iaitu pelawak Sule meluahkan hasart ingin memiliki cucu lelaki.

Meskipun tidak mengiyakan khabar kehamilan Mahalini namun Sule memberi bayangan penyanyi berkenaan sedang mengandung bayi perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar kongsi video Mahalini bercuti, peminat doa semoga berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 bulan nikah tapi Rizky Febian dan Mahalini belum daftar perkahwinan

"Kalau ditanya mahunya cucu lelaki, tapi perasaan aku ini perempuan," katanya.

Sule berkongsi perkara itu acara FYP Trans7.

Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain